Breaking News

Shaklee

Sunday, December 23, 2012

Cara Membuka Penutup Botol


Bagi perempuan yang lemah kudratnya (tetapi insha Allah, jiwa masih besar), membuka penutup botol yang kedap bukanlah kerja mudah. Puas dipulas, sedikit pun tidak berganjak penutup botol Salsa Guacamole itu. Tekak sudah tidak sabar merasai masam-masam salsa yang disalut pada tortilla chip chips berperisa cili. Penutup cuba dipusing lagi. Aduh, sakitnya otot lengan dan terik terasa otot abdomen menahan tekanan dalam abdomen.

Ah, sudah putus asa. Tidak pasal nanti ada yang ke unit kecemasan. kalau berteman, sudah tentu dah hulurkan padanya.

Free Digital Photos - Simon Howden

Ok, buka tab di Google Chrome. Pantas saja tangan menaip kata kunci "open tight jar lid"

Tadaa..link sudah terpapar. klik klik klik untuk dibuka pada tab baru.

Cara pertama, rendam dalam air panas supaya penutup sedikit mengembang. Hm, makan masa nak panaskan air. Yang ni kita cuba sebagai last resort.

Cara kedua, pegang bawah botol dan terbalikkan botol. Kemudian, goncangkan ke arah graviti. Ubah ke posisi asal dan buka penutup tersebut. Gagal!

Cara ketiga, gunakan hujung sudu untuk mencungkil ruang antara penutup botol dengan botol. Oooh..tak terfikir pula. Masih gagal...

Cara keempat, gunakan pisau pula. Cungkil, cungkil sampai lari bentuk penutup botol itu. Yes! Berjaya!

Itulah tips hari ini. Selamat mencuba! Krup krap krup krap...

Motif post : Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih (=_=)


Designed By