Breaking News

Shaklee

Thursday, October 13, 2011

5 Tips Berjauhan dengan Pasangan


Hari ini, genap sebulan saya dan suami berpisah. Perhubungan kami bukan sahaja dibataskan oleh jarak, tetapi waktu. Apabila di Malaysia sudah tengah hari, di sini baru berpagian. Akibatnya, agak sukar untuk kami menyelaraskan masa untuk berhubung.

Rindu? Oh, sudah tentu.

Dapatkan SaMaRa (Sakinah, Mawaddah, Rahmah) di mana jua kita berada


Apapun, dalam jangkamasa sebulan ini, ada beberapa langkah kami ambil untuk menyemarakkan musim bulan madu ini. Antaranya ialah : 


1.
   
 
Ingat kembali tujuan berjauhan
Saat berpisah sangat meruntun hati saya sebagai seorang isteri. Sudahlah begitu, di sini saya pula yang perlu pergi meninggalkan beliau setelah 2 bulan menikah. Lagi-lagilah sebak. Maka masa itu saya perlu menguatkan kembali semangat dengan mengingati kenapa saya berjauhan. Bukan saja-saja, tetapi kerana keperluan menuntut ilmu. Suami, walaupun perit tetap merelakan saya. Baginya, saya seorang pejuang kerana bukan senang untuk belajar di tempat orang. Dia mahu saya pulang berbakti kepada masyarakat dan katanya itulah kebanggaannya beristerikan saya.

Kemudian, akan saya kenang juga harapan Mama, Papa dan keluarga. Susah payah mereka membesarkan saya, adakah berbaloi untuk saya korbankan ini semata-mata saya seorang isteri (melainkan suami tidak mengizinkan saya belajar – itu soal lain)   


2. Sentiasa berdoa dihubungkan hati
Berdoa, berdoa dan berdoalah, kerana suami dan isteri tetap hak milik Allah. Hati-hati ini dipegang oleh Allah. Maka siapakah yang bisa menarik cinta antara kita kalau bukan Dia. Sentiasa minta supaya cinta suami isteri itu dapat menguatkan cinta kita dengan Allah dan sebaliknya. Berdoalah agar rumahtangga sentiasa mendapat keredhaan daripada Allah.


3.  
 
 
Buat aktiviti bersama-sama
      Hmm..bagaimana? Saya sedar bahawa dengan berjauhan, peluang untuk membuat aktiviti bersama itu terbatas. Tambahan pula, minat dan hobi kami juga tidak berapa sama. Dia suka menonton video di Youtube atau cerita. Saya lebih kepada menulis dan membaca artikel-artikel.

Tetapi, video yang dia rasa menarik atau bermanfaat, akan disalin linknya dan diberi kepada saya beserta review atau sinopsis. Apabila saya menulis, saya akan bertanyakan pendapatnya. Atau apabila bacaan itu dirasakan menarik untuk dikongsi, saya akan menyalin dan post kembali kepada suami sebahagiannya. Itu juga dikira bersama di samping menggabungkan perbezaan antara kami, menjadi sinergi.


4.   Ucapkanlah selamat pagi dan selamat malam kepadanya
Ini adalah pesan sahabat baik saya. Walaupun masa yang kami sedang lalui berbeza, saya tetap akan meninggalkan ucapan salam dan selamat pagi buat suami di Skype/FB walaupun dia sedang offline, atau sebaliknya. Supaya ia tidak menjadi rutin dan membosankan kami, kami akan menyelitkan doa yang berbeza setiap hari. Mungkin hari ini mendoakan rezeki, esok pula kesihatan dan lain-lain lagi.

Peruntukkanlah masa mengikut kelapangan dan keperluan untuk bercerita tentang aktiviti harian, isu semasa dan berkongsi impian atau harapan sebelum tidur. Jadikan dia kawan baik kita yang paling baik walaupun berjauhan.


5.  
Minta maaf sebelum tidur dan maafkanlah dia
Perkara ini penting walaupun kita rasa kita tiada berbuat salah pada hari itu. Kita tak dapat baca fikiran suami/isteri. Manalah tahu ada benda-benda kecil, yang sebenarnya salah tetapi suami/isteri sahaja tidak mahu mengambil hati. Tenang rasa hati apabila meminta maaf dan memaafkan suami. Kalau berdekatan pun, lagilah kena utamakan meminta maaf ini kerana mudah saja untuk kita berbuat salah melalui mimik muka dan bahasa badan.

Pernikahan ini barulah setahun jagung usianya. Di awal perhubungan suami isteri, kita masih beringat dan berjaga-jaga dan ujian pun insha Allah mudah ditempuhi kerana kasih sayang masih kuat.

Saya pasti, apabila beberapa ketika telah berlalu, pasti ujiannya berbeza. Jadi pada masa itu, sebagai salah seorang daripada pendokong rumahtangga ini, saya perlu menjadi lebih dinamik dan proaktif. Manalah tau, nanti saya akan tulis pula 5 Tips Suami Isteri Selepas Setahun Berjauhan pula. :)

Moga diri ini tabah menghadapi bulan-bulan akan datang. Amin.

Designed By