Breaking News

Shaklee

Thursday, May 19, 2011

Kepada Perempuan : Yang Kita Nak Ialah Perhatian

Baru-baru ini, saya menonton video tentang depresi di HalalTube. Satu kenyataan yang menarik dibuat oleh Yusuf Farzaga ialah
Lelaki biasanya mengalami depresi kerana merasa dirinya gagal untuk melakukan sesuatu dan perempuan pula mengalaminya kerana kurang perhatian dan tidak mendapat sokongan yang diperlukan.
Ini selari dengan teori John Gray di dalam bukunya yang bertajuk Why Mars and Venus Collide yang membincangkan tentang kepentingan untuk perempuan mendapat perhatian dan rasa dikasihi melalui perkongsian untuk merendahkan hormon kortisol yang selalunya tinggi apabila perempuan stres.

Menariknya untuk dikongsi bersama perempuan-perempuan di luar sana ialah, perhatian dan perasaan kasih sayang tersebut bukanlah hanya boleh didapati daripada lelaki, yakni suami atau boyfriend, tetapi daripada sesiapa sahaja termasuklah kawan-kawan. Sebab itu, Gray mencadangkan supaya perempuan mempunyai kawan-kawan rapat untuk membuat aktiviti bersama-sama dan berkongsi masalah.

Kiranya, siapa yang bagi perhatian itu tidak penting, yang penting DAPAT PERHATIAN.





Jadi, saya nak berkongsi beberapa pendapat saya di sini.

1) Apabila kita perempuan-perempuan ni ada masalah atau inginkan perhatian, usah bergantung pada satu sumber sahaja kerana mungkin pada masa itu suami/mak kita pun tengah sibuk dengan urusan masing-masing. Bina beberapa sumber yang BETUL.

Kita...ya, kita sendiri bertanggungjawab terhadap 90% kebahagiaan yang kita nak. 10% lagi orang-orang di sekeliling kita.


2) Berkait dengan sumber yang betul dalam poin di atas. Pilih sumber yang betul untuk mengadu. Kenapa banyak sangat kes isteri orang jatuh cinta dengan suami orang di tempat kerja?

Cerita tipikal yang saya selalu dengar ialah, salah seorang ada masalah rumahtangga dan tengah mencari tempat mengadu. Orang di kubikel sebelah menunjukkan simpati. Hari-hari bertanya khabar kemudian berkepit dan pangg~ hubungan gelap bermula.

Kepada suami, cuba la ambil masa sikit, paling tidak 15 minit sehari dan berikan perhatian 100% kepada isteri anda, tanpa gangguan telefon dan TV. Dengar apa yang dia nak luahkan. 15 minit takkan tak boleh? Orang perempuan ni, dia sikit takpe, tapi mesti kerap. Bukannya grand, lepas tu lesap.



3) Kenapa perempuan malu-malu, suka berhias, baju ada satu kontena. Perhatian lah...Perhatian dari lelaki yang disukai. Perhatian apabila kawan-kawan memuji. Kalau mak puji pun, hidung dah kembang kempis.


4) Kepada AYAH-AYAH dan ABANG-ABANG, sila ambil berat pada anak perempuan atau adik anda sebelum dia mencari dan berkenalan dengan lelaki di luar. Baca kenyataan ini, perempuan sentiasa PERLUKAN PERHATIAN.

Sangat suka dengan kempen yang dianjurkan kerajaan Singapura baru-baru ini - Date With Dad. Kempen yang bertujuan supaya anak-anak remaja perempuan berasa dihargai oleh lelaki pertama dalam hidupnya, ayah mereka. Secara tak langsung, ini membantu mereka belajar untuk menilai lelaki. Taklah semberono mengikut lelaki asing yang menyapa di jalanan, padahal bertanduk di kepala.


Alhamdulillah, saya selalu bersyukur kerana sebagai perempuan, keperluan terhadap perhatian itu mencukupi untuk saya.

Papa saya adalah orang yang memainkan peranan besar dalam hal ni. Hampir saja dulu saya hanyut dalam arus emosi remaja. Tetapi pada suatu hari di Tingkatan 5, sewaktu memandu selepas mengambil saya dari sekolah Papa tiba-tiba berpesan,

Jangan fikir benda-benda tak perlu dan usah bercinta. Belajar dulu.
Pesanan itu sangat kuat kesannya pada diri saya. Agaknya minda separa sedar saya menangkap mesej daripada lelaki yang amat saya sayangi itu kerana hubungan kami sangat rapat.

Papa selalu bertanya khabar tentang sekolah sewaktu memandu saya pulang ke rumah. Selalu temankan saya ke mana-mana saya pergi andainya saya tak punya teman. Dia menghormati dan ramah  dengan kawan-kawan saya dan selalu saja kami 'date' berdua makan mi rebus atau ABC. ^_^

Akhirnya saya keluar daripada perangkap tersebut, kerana perhatiannya.

Dan hari ini, boleh tak saya nak cakap lelaki yang saya sedang cari ialah mesti sama standard atau lebih daripada cinta pertama saya, Papa. Kalau Papa saya tak suka, saya pun tak suka sebab lelaki mestilah kenal lelaki dan Papa mestilah lebih kenal citarasa anaknya. Kalau diterima tu, maksudnya lelaki tu memang mendapat kepercayaan utuh daripada si dia.

Mesej daripada post kali ini ialah, carilah perhatian di tempat yang betul. Fikir-fikirkan.. ^_^
Baiklah sekarang kena beri perhatian pada buku pula.

Designed By