Breaking News

Shaklee

Monday, April 07, 2014

Pesan Abang Hartawan

Seorang adik pergi berjumpa dengan abangnya, seorang hartawan, sebelum berpergian ke Mekah untuk menunaikan haji.

Mereka sedang duduk-duduk berbual di meja kopi dalam ruang tamu yang luas lagi indah dengan perhiasan sehingga tercetus soalan ini.

"Abang nak dengar pendapatmu, Wan. Abang ni belajar tak tinggi. Jadi abang nak dengarlah pendapat orang belajar tinggi macam Wan." kata si abang yang tidak bersekolah tinggi kepada adiknya, lepasan ijazah di sebuah universiti tempatan.

"Kalau Wan diberi peluang berdoa sekali je, apa yang Wan doa yang mana dengan doa itu semua yang Wan nak dipenuhi?"

"Doa untuk bahagia." jawab si adik. Ada getaran suara di hujung jawapan tersebut.

"OK, hampir tepat. Tapi nelayan pun rasa bahagia juga tatkala bumbung rumah tiris bila hujan. Bahagia tapi keperluan fizikalnya tak cukup."

"Hmm, doa supaya hidup mulia."

Si Abang ketawa.

"Bila diberikan mulia, kita mungkin gembira kerana orang lain hormatkan kita. Tapi, rasa mulia boleh hilang dan tak dapat berikan apa yang jiwa kita nak seandainya di sisinya banyak masalah lain seperti selalu sakit atau rumahtangga berantakan."

Adiknya termangu mendengar jawapan tersebut, namun si Abang meneruskan percakapannya.

"Jawapan Abang ialah bila diberi peluang sekali je untuk berdoa, Abang akan doakan hidup 'sedap' dunia akhirat." (Sedap dalam bahasa Kelantan bermaksud nikmat)

"Bila kita dapat hidup sedap, tak ada benda lain dah kita nak. Kita dapat yang kita nak dengan nikmat keseronokannya sekali. Hidup sedap dengan keluarga yang harmoni dan kesihatan yang baik dalam rumah besar. Keluarkan duit nak sedekah pun rasa sedap je, tak ada rasa takut tak cukup. Pendek kata serba serbi ada, cukup dan seronok."

Si adik terdiam, namun dalam hatinya bersetuju dengan jawapan abangnya. Dia pun sangat seronok melihat kehidupan abangnya yang 'sedap'. Harta ada, amal kebajikan dijaga dan keluarga pula tampak bahagia sentiasa.

Dalam diam, si adik memasang angan-angan untuk hidup sedap seperti abangnya dan sekarang dia yakin untuk sampai ke tahap merasai nikmat seperti itu ia harus dimulai dengan berdoa kepada Allah agar dikurniakan rezeki yang 'sedap' dunia akhirat seperti abangnya.

P/S : Mulakan hidup sedap dunia akhirat dengan berdoa kepada Pemberi Rezeki dan Hidayah hari ini juga!
Read more ...

Saturday, April 05, 2014

Set Bersalin Bajet Shaklee

Saya tahu ramai di luar sana berminat untuk mengambil set bersalin Shaklee kerana khasiatnya yang banyak, tapi bila tengok harga mak aih.. tak mampu. Lagi-lagi banyak belanja akan dikeluarkan untuk menyambut kelahiran si comel seperti bil hospital bersalin, kelengkapan bayi dan alatan menyusu.

Saya dulu pun bila buat bajet bersalin, ya Allah, pening nak pilih yang mana patut didahulukan.

Bajet untuk anak memang penting. Tapi belanja untuk memulihkan dan memelihara kesihatan ibu lagi penting sebab proses bersalin dan menjaga bayi semasa bersalin menggunakan sangat banyak tenaga dan masa kita. Kalau bukan si ibu, siapa lagi yang nak jagakan anak?

Semasa bersalin, nak meneran kena gunakan tenaga. Selepas bersalin, darah yang banyak keluar semasa bersalin membuat kita letih.

Menyusukan anak awal-awal pun bukannya senang sebab kena latih anak dan diri kita dengan proses tersebut serta kena kerap bangun menyusukan anak di malam hari.

Luka bersalin juga perlu dijaga, takut-takut terkena jangkitan dan bernanah akan menambahkan rasa tertekan pada kita yang baru melahirkan anak.  Sebab tu, ibu-ibu yang baru bersalin mudah sangat mengalami baby blues atau kemurungan dan kalau sampai tahap tak boleh kawal, jadilah meroyan.

Jadi, kena ambil berat penjagaan diri selepas bersalin supaya fizikal dan emosi kita tip top untuk menjaga anak. You have to receive, then only you can give. Begitulah ibaratnya.

Bagi saya, set bersalin Shaklee sangat membantu saya semasa berpantang. Alhamdulillah, saya sangat enjoy proses bersalin dan menyusukan anak. Stress sikit-sikit pun kerana tak biasa dengan peranan sebagai ibu.

Jadi, bagaimana nak dapatkan kebaikan-kebaikan dalam set berpantang Shaklee ni pada harga mampu milik?

Saya cadangkan supaya anda dapatkan SET BERSALIN BAJET yang terdiri daripada
1. Vitalea Iron Formula
2. Sustained Release Vitamin C
3. Zinc Complex
4. B-complex

4 supplemen ini dah cukup untuk menyelesaikan masalah-masalah yang saya sebutkan di atas.

Vitalea Iron Formula
- Multivitamin yang dilengkapi dengan zat besi ini sesuai untuk membina kembali sel-sel darah merah yang telah hilang sewaktu bersalin.

Sustained Release Vitamin C
- Membantu proses penyembuhan luka kerana vitamin C kaya dengan flavonoids iaitu antioksidan.
- Meningkatkan imuniti ibu

Zinc Complex
- Membantu proses penyembuhan luka dan mengelakkan keradangan. Boleh menggantikan khasiat ikan haruan jika anda tak lalu nak makan.

B-complex
- B-complex banyak terlibat dalam proses menghasilkan tenaga. Ia juga terkenal sebagai vitamin anti-stress. Bila ibu kurang stress, lebih banyak susu boleh dihasilkan.

Harga untuk set bersalin bajet ini ialah RM269.

Tapi kalau anda nak dapatkan harga lagi murah, ada caranya iaitu dengan mendaftar keahlian Shaklee. Berbaloi sebenarnya menjadi ahli sebab rata-rata pengguna Shaklee bukan guna untuk diri sendiri saja. Mak, ayah, adik-beradik, kawan-kawan pejabat pun terjebak menjadi pengguna sebab supplemen Shaklee ini mesra keluarga. Sebab itu makin ramai dapat bonus 2-3-4-5 dan 6 angka setiap bulan. Tak rugi pun anda labur modal RM65 seumur hidup.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Set Kehamilan, Bersalin dan Menyusu Shaklee, hubungi saya :

Nabilah Hanis Shaari (ID : 1093921)
Email : nabilahhanis@rizalrazak.com
Whatsapp : 013-9281286
Boleh PM di Facebook Fanpage : https://www.facebook.com/heliantuse
Atau add saya di https://www.facebook.com/nabilah.hanis
Read more ...

Friday, March 21, 2014

Naik Kapal Terbang Semasa Hamil

Semasa hamil saya berpeluang untuk menaiki kapal terbang untuk penerbangan jarak jauh sebanyak 2 kali.

Kali pertama ialah di saat kandungan berusia 7 minggu. Ketika itu saya sangat risau kerana di usia ini kadar keguguran adalah tinggi. Jadi saya merujuk kepada doktor di an-Nisa' samada saya sesuai untuk terbang selama 16 jam dengan selamat.

Doktor menjawab boleh menaiki kapal terbang kerana saya tidak mempunyai risiko keguguran seperti pendarahan di awal kehamilan. Alhamdulillah.

kapal-terbang-hamil


Jika ada ibu-ibu yang bimbang akan masalah radiasi semasa terbang, jangan bimbang kerana menurut kajian risiko tersebut adalah rendah walaupun di kalangan krew kapal terbang yang sedang hamil.

Ketika kandungan saya berusia 31 minggu, saya dijadualkan untuk balik bersalin di Malaysia. Ketika ini, ibu-ibu perlu merujuk kepada garis panduan syarikat penerbangan kerana ia berbeza-beza.

Secara umumnya, syarikat penerbangan tidak membenarkan ibu hamil 36 minggu untuk menaiki pesawat kerana ketika ini kandungan sudah matang dan ibu-ibu boleh bersalin pada bila-bila masa sahaja.

Jika kandungan berusia 28 minggu ke atas, ketika ini wajib untuk mendapatkan surat doktor bagi mengesahkan bahawa kandungan tidak berisiko. Surat ini biasanya perlu diambil 7 hari sebelum berlepas bagi mendapatkan status kandungan yang terkini.

Saya menaiki Emirates untuk pulang ke Malaysia. Risau juga kalau tiba-tiba bersalin, tak pasal-pasal dapat baby EK macam satu kes dalam Emirates beberapa tahun lepas.

Emirates menyediakan borang pengesahan dari doktor yang boleh didapati di web rasmi Emirates. Hanya perlu print dan bawa ke klinik untuk mendapatkan tandatangan doktor.

Saya tahu ramai yang bimbang jika tidak dapat menaiki pesawat di trimester terakhir. Sekiranya kandungan ibu-ibu disahkan tak ada sebarang risiko untuk dilahirkan secara pramatang, jangan risau.

Isytiharkan kepada krew yang bertugas di kaunter. Tak perlu sembunyi-sembunyi naik kapal terbang. Mereka akan memberikan layanan dan perhatian yang khusus kepada anda. Ada pramugari bertugas yang akan datang bertanya keadaan kita sepanjang menaiki pesawat dan memberikan bekalan air agar kita sentiasa terhidrat sepanjang penerbangan. Naik kapal terbang lama-lama boleh menyebabkan kekeringan dan juga risiko untuk mendapat venous thrombosis (darah bergumpal) yang berbahaya kepada ibu hamil.

Bangun dan buatlah pergerakan sepanjang berada di dalam kapal terbang untuk mengurangkan risiko untuk mendapatkan venous thrombosis dan mengelakkan lenguh-lenguh terutamanya di bahagian pinggul.

Di samping itu, kalau ibu-ibu membeli tiket melalui web dan check-in online, pilihlah tempat duduk bulkhead, iaitu barisan depan sekali supaya ada ruang untuk berlunjur dan mudah untuk keluar masuk ke tandas. Ya lah, di akhir kehamilan ini kita kerap kencing kerana janin yang berat sudah menekan pundi kencing kita. Kalau tak dapat, minta krew di kaunter tukarkan tempat duduk kita tetapi pastikan check in awal di kaunter.

Ini serba sedikit tips dan pengalaman saya naik kapal terbang semasa hamil tahun lepas.

P/S : Hampir 2 minggu berlalu untuk MH370, jangan putus mendoakan mereka!
Read more ...

Thursday, March 20, 2014

Stretchmark Hilang Dengan ESP

Selepas bersalin, banyak cara saya cari untuk hilangkan stretch mark tapi tak pernah tahu stretch mark boleh pudar dengan ESP atau nama panjangnya Energizing Soy Protein.

Stretch mark adalah mimpi ngeri dalam hidup ibu mengandung dan selepas bersalin selain sakit bersalin. Kesan parut kemerahan yang akhirnya bertukar menjadi kehitaman membuatkan ramai ibu-ibu resah dan mula menggunakan segala jenis minyak dari awal kehamilan.

Saya pun tak terkecuali. Saya menggunakan Olive Oil Baby Love yang dibeli di Republik Czech dan Bio-Oil dari awal lagi. Sangka saya kulit perut saya OK sehinggalah pada bulan ke-8 mengandung baru saya perasan stretch mark dah mula muncul di bahagian bawah perut. Masa tu dengan keadaan perut sudah memboyot, agak sukar untuk melihatnya.

Stretch mark sebenarnya tak boleh dielakkan terutamanya bila mak atau nenek memang ada stretch mark. Ia adalah genetik.

Selain itu semasa hamil, kulit kita tak mampu nak tampung kadar peregangan yang berlaku dengan pantas, di samping kolagen pun semakin lemah seiring dengan peningkatan usia. Jadi tak pelik kalau stretch mark menjadi semakin teruk dengan kehamilan seterusnya.

Semasa berpantang, saya masih lagi sapu minyak zaitun dan Bio-oil dengan harapan kalau tak dapat hilang semua, pudar sikit pun jadilah.

Lama-lama, adalah sedikit perubahan. Tapi masih banyak lagi yang tinggal sampai diri sendiri pun malu nak tengok.

Lepas habis pantang, sibuk dengan anak dah lupa pasal stretch mark. Kira redha saja.

stretchmark-hilang-esp-gembira
Kredit : http://www.mjandhungryman.com

Tup tup, 2 hari lepas kawan saya PM cakap nak beli ESP. Kawan saya sekarang ikut suami belajar di UK. Jadi saya ingatkan dia nak saya pos ke sana. Sekarang kos pos mahal. Tak berbaloi pula nak pos sikit.

Dia cakap bukan untuk dia tapi untuk mak dan ibu saudaranya sebab mereka teruja nak cuba ESP selepas kawan saya cakap stretch mark dia hilang 60% sejak sambung minum sejak 2 minggu lepas.

Wah, tak sangka! Saya ingatkan ESP ini sesuai untuk tambah tenaga semasa dan selepas bersalin saja. Lepas stok ESP habis dalam tak sampai 2 minggu berpantang, tak beli semula.



Keesokan harinya saya pergi ke rumah mak kawan saya untuk hantar 2 canister ESP. Dia cakap teringin nak cuba sebab bila dia video call melalui Skype dengan anaknya, kulit nampak lain macam. Lebih berseri dan putih sekata berbanding dulu.

Mak kawan saya juga sesuai minum ESP kerana orang yang berusia lebih cepat rasa letih dan tak bertenaga, selain membekalkan 42% keperluan kalsium harian yang semakin merosot kerana paras hormon estrogen semakin menurun akibat menopaus.

khasiat-minum-ESP

Jadi saya pun dengan yakinnya sambung balik minum ESP sekarang. Kebetulan bulan ini ada promosi beli 6, percuma 1 untuk Energizing Soy Protein ini. Dengan izin Allah, saya mengharapkan stretchmark tersebut hilang bersama mimpi ngeri yang saya alami.

Inginkan pendapatan dengan hanya bekerja dari rumah? Risau dengan keselamatan nursery dan ingin mendidik anak sendiri sambil menjana pendapatan 2-3-4 atau 5 angka?

Nabilah Hanis Shaari (ID : 1093921)
Email : nabilahhanis@rizalrazak.com
Whatsapp : 013-9281286
Boleh PM di Facebook Fanpage : https://www.facebook.com/heliantuse
Read more ...

Sunday, March 16, 2014

Bila Saya Patut Makan Omegaguard Semasa Hamil?

Jika sebelum ini saya telah bercerita tentang kepentingan mengambil Omegaguard semasa hamil, hari ini saya nak jawab persoalan bila ibu-ibu patut mula makan Omegaguard.

Sebenarnya sepanjang kehamilan, ada fasa-fasa yang perlu dilalui oleh janin.


Trimester pertama memfokuskan kepada pembentukan organ atau dalam bahasa mediknya, organogenesis. Banyak kes kecacatan janin dan keguguran berlaku pada peringkat ini. Kebanyakan organ-organ yang terbentuk masih belum boleh berfungsi.

Dalam trimester kedua, bayi mula menunjukkan refleks terhadap rangsangan dan melakukan pergerakan.

Trimester terakhir pula lebih kepada pengumpulan lemak-lemak, pertambahan berat janin dan perkembangan otak.

Ramai distributor mencadangkan penggunaan Omegaguard ketika trimester terakhir iaitu fasa di mana otak berkembang dengan pesat. Ini ialah waktu terbaik untuk mengambilnya.

Namun, melalui pembacaan saya di Internet, suplemen minyak ikan boleh diambil seawal usia kandungan malahan dicadangkan juga untuk mereka yang ingin mengandung. Apapun, mungkin ibu-ibu boleh mendapatkan pandangan doktor bertauliah dalam hal ini.

Ibu-ibu juga disarankan untuk memberhentikan pengambilan Omegaguard 2 minggu sebelum due date, kerana minyak ikan oleh mencairkan darah dan sudah tentu risiko untuk tumpah darah sewaktu bersalin tinggi dengan pengambilannya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Omegaguard atau vitamin dalam Set Hamil yang lain, hubungi saya di nabilahhanis@rizalrazak.com atau add/follow saya di Facebook Nabilah Hanis Shaari.

Read more ...
Designed By